Thursday, January 5, 2012

Bukan Terlarang

Tajuk novel : Bukan Terlarang
Karya : Nur Hazma
Terbitan : Tintarona Publications Sdn Bhd

Maisara merenung lama wajah Imran yang sedang lena, lelaki yang terpaksa dikahwininya. Sememangnya hati Maisara rela bersuamikan Imran. Sejak zaman sekolah lagi dia mencintai Imran. Namun, cinta itu tetap menjadi rahsia hatinya.

Sesungguhnya, Maisara menyintai lelaki itu sepenuh jiwa raganya dan melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dengan rela sedangkan Imran menganggapnya tidak lebih daripada seorang sahabat baik. Perkahwinan mereka pun atas dasar terpaksa. Cinta Imran hanyalah untuk Tina.

Kemesraan Imran terhadapnya sebagai pasangan suami isteri hanyalah sebuah lakonan semata-mata, demi menjaga hati emaknya yang amat menyayangi Maisara sebagai seorang menantu. Namun, Maisara tidak tahu sampai bila dia mampu bertahan, merelakan dirinya seumpama pohon yang semakin layu kerana tidak disiram. Dia mahukan keadilan untuk diri dan maruahnya sebagai wanita.

Mampukah dia meraih cinta Imran atau akan berkuburkah perkahwinan mereka seperti yang telah dirancang oleh Imran?

No comments:

Post a Comment