Tuesday, January 31, 2012

Tak Mungkin Ku Hindar



TAJUK : TAK MUNGKIN KU HINDAR
PENULIS : ANA SOFIYA
PENERBIT : FAJAR PAKER
sinopsis:
Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. dalam benci ada rindu. bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan. 
Salina hadir menjadi duri dalam daging. bagi Hisyam, gadis itu adalah sahabatnya yang terbaik. insan paling dipercayai. namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda tersendiri.  
semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salaina walau ada luka di hati.
sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
***

Cintamu Cintaku Satu

TAJUK : CINTAMU CINTAKU SATU
PENULIS : ANA SOFIYA
PENERBIT : FAJAR PAKER


“Assalamualaikum.” Tangan kanan dihulurkan. “Nama saya Taufik Azhari bin Ahmad Rizal. Saudari tentu pernah dengar nama saya, kan?”
“Nama saya Nurul Hana binti Abdullah dan maaf, ini kali pertama saya dengar nama encik.”

Taufik Azhari ~ Nurul Hana, lelah aku mengejar bayangmu. Pandang pertama membuat aku nanar mencari si bidadari. Pesonamu memukau pandangan, pilu air mukamu sentiasa segar di ingatan sehingga memadamkan sinisnya pertuturan. Bagaikan satu sumpahan, aku terus mencari siapakah dirimu. Lalu aku sematkan tekad di hati, engkau akan kumiliki dan hanya aku yang berhak menjadi pemilik sekeping hati milikmu. Takdir Tuhan menemukan. Kau hadir mengharap pertolongan dan aku pasti tidak keberatan, namun ada balasannya. Mungkin ini satu paksaan. Sungguh bukan niat untuk mengambil kesempatan tapi hanya itu cara yang aku punya agar engkau kumiliki. Akan aku bahagiakanmu, suri hatiku.

Nurul Hana ~ Kerana kasihku terhadap Irfan, apakah aku wajar dijadikan cagaran? Perlukah aku membuat perngorbanan sebesar ini? Sudah berulang kali aku katakan tiada cinta di hati untukmu, lalu bahasa apa lagi harus kulafazkan agar kau bisa mengerti? Taufik Azhari, engkau terlalu bijak mengambil kesempatan dalam kesempitan, sehingga aku tidak punya pilihan. Menolak bererti aku kehilangan Irfan, namun menerima bererti perasaanku harus kukorbankan. Aku keliru di persimpangan, antara wasiat seorang kakak dan sekeping hati ini. Yang mana harus aku utamakan?
***

Wednesday, January 18, 2012

Awak Suka Saya Tak

Tajuk : Awak Suka Saya Tak
Penulis : Melur Jelita
Penerbit : Karya Seni (2011)

" Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…" Hilman Yong
" Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." Damien Yong
" Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." Intan Zulaikha
**

Sunday, January 15, 2012

Seredup Kasihmu

Tajuk : Seredup Kasihmu
Penulis : Nia Azalea (2)
Penerbit : Alaf21 (2003)

Sinopsis
KISAH silam Lea Haryani sentiasa menghantui hidupnya. Lea Haryani dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan kedua orang tuanya. Setelah ibunya meninggal dunia, Mak Longnya, Sutinah memeliharanya sehingga dewasa.

Lea Haryani tidak begitu senang dengan sikap Mak Longnya. Apa sahaja yang dilakukan oleh Lea Haryani tidak menyenangi hati Mak Long. Ada-ada sahaja kesalahan yang dicari. Bukan itu sahaja, Mak Long juga suka mengungkit asal-usul keturunan menyebabkan Lea Haryani terasa kerdil untuk berhadapan dengan masyarakat.

Setelah dewasa dan berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti, sikapnya yang pasif terbawa-bawa hingga ke universiti. Di universiti dia tidak mempunyai kawan rapat melainkan kawan sebilik bernama Suziyan.

Emir Safwan yang satu kuliah dengan Lea Haryani cuba menggodanya tetapi tidak dilayan. Pelbagai cara dilakukan oleh Emir Safwan untuk memikat hati Lea Haryani namun tidak berhasil. Dengan bantuan Profesor Halim, akhirnya Lea Haryani dipertemukan dengan Emir Safwan.

Mama Emir Safwan tidak berkenan dengan Lea Haryani dan menyuruh anaknya itu memilih Syamen, anak Datin Jawaher. Emir Safwan tetap dengan pendirian memilih Lea Haryani. Akhirnya berlakulah konflik. Lea Haryani mengalah dan menyuruh Emir Safwan akur dengan pilihan mamanya. Emir Safwan tidak boleh terima kerana hatinya benar-benar mencintai Lea Haryani. Berjayakah Emir Safwan memujuk hatinya yang telah terluka untuk menawan hati Lea Haryani kembali? Berapa mahalkah harga yang harus dibayar untuk satu kemaafan?
***

Kau Yang Satu

Tajuk : Kau Yang Satu
Penulis : Nia Azalea
Penerbit : Alaf 21 (2003)
 
Sinopsis
Bot milik peribadi Datok Mustaza telah karam dipukul ombak sewaktu dia keluar memancing di Laut Cjina Selatan. Nasibnya baik, dia telah diselamatkan oleh seorang nelayan bernama Sulaiman. Datuk Mustaza terhutang budi dengan Mustaza dan ingin menjodohkan anaknya Taufik dengan Salina anak Sulaiman.

Taufik tidak setuju denagn cadangan papanya kerana dia telah mempunyai kekasih bernama Isabella, model terkenal tanahair. Manakala Salina pula telah mempunyai teman lelaki bernama Zulkifli, anak ketua kampung.

Namun segala impian mereka tidak tercapai. Masing-masing terpaksa akur dengan pilihan orang tua. Taufik menuduh papanya kolot kerana masih terikut-ikut cara orang lama mencari jodoh. Salina pula terpaksa putus dengan Zulkifli.
Bahagiakah perkahwinan Taufik dan Salina? Dapatkah mereka melayari bahtera bersama?
***

Tuesday, January 10, 2012

Sweet Sour

Tajuk : Sweet Sour
Karya : NaszNur Hazma
Terbitan : Jemari Seni Publishing (2010)

AYang manis, harum lagi wangi itu Zarul
“Kira orang ni taraf cincin gula-gula ni ajelah.”
“Sepuluh ringgit tu.” Sungguh-sungguh dia cakap.
“Berkira... baru sepuluh dah kecoh... bukannya seribu pun.” Aku jeling dia.
“Banyak cakap pula... kalau tak nak bagi balik.” Dia hulur tangan kiri.

Tak tahu pula macam ni punya seronok apabila dapat cincin... walaupun hanya cincin gula-gula.
“Ni kira orang ‘cuplah’ ni.” Sambung dia lagi.
Aku simpan senyum. Tak boleh senyum depan-depan ni, nanti dia perasan!

B Yang pahit, masam, masin, payau itu Joe Jambul
“Bayar cincin ni.” Kata dia. Betul ke ni, apa yang aku tengah dengar ni.
“What?” aku terjerit di situ.
“Pay for this.” Relaks aje dia mengarah aku lagi.
“Okey... saya bayar!” Aku jeling dia.

Tapi kan, juling biji mata aku tengok bil RM10 000 kat Tiffany tu. Gila ke apa? Batu planet mana dia pakai buat cincin bodoh ni!

****

Thursday, January 5, 2012

Demi Kasihmu

Tajuk: Demi Kasihmu
Penulis: Amieza Anaz
Penerbit:NHF Media Corp


Novel ni mengisahkan ttg sepasang suami isteri; Alia Maisarah dan Lukman Hakimi...
Novel ni terbahagi kepada 4 bab..
"Lukman Hakimi, Alia Maisarah.Dua jiwa satu hati.Takdir penentu segalanya.Namun mampukah mereka mengharungi ombak badai mahakarya cinta yang tercipta untuk mereka?"

Bab 1: Kisah persahabatan Alia dgn Azilah dan Azrina..Dari zaman sekolah sehinggalah mereka melanjutkan pelajaran masing2.. Kemudian ditemukan dgn Lukman Hakimi yg masa itu adalah kekasih Azilah.. Tapi kemudian Azilah menghilangkan diri ke KL kerana cintakan Suhaimi..Jadi Lukman yg frust selalu bertemu dgn Alia dan telah jatuh hati pada keikhlasan Alia...Kemudian disaat Lukman mahu meluahkan hasrat hatinya mereka ditangkap basah... Lukman merayu dan mendesak Alia supaya mengahwininya tp Alia tak ada hati pada Lukman..tp kemudian mereka berkahwin walaupun ditentang hebat oleh keluarga Lukman..berbagai2 dugaan menimpa sehingga menyebabkan Alia melarikan diri dari Lukman kerana menyangka suaminya akan menikahi dgn Azilah, pilihan mama Lukman..
Bab2: Kisah Alia dan hidupnya bersama anaknya Lukman Hafizi dan keluarga angkatnya..Umi menganggap Alia spt anaknya sendiri..Alia membuka sebuah butik pengantin bersama Jamie (anak umi), yg ada hati pada Alia... Suatu hari Alia bertemu dgn mama Lukman, yg telah insaf dgn salah silamnya..merayu2 Alia supaya kembali kepada Lukman..Rupa2nya Lukman menderita setelah ditinggalkan Alia..Lukman hilang jiwa,mengalami kemalangan dan kecederaan tulang belakang dan siakpnya berubah..Lukman tidak bersungguh2 utk pulih..Mama Lukman berterus-terang kerana bersepakat dgn Azilah utk memisahkan Alia dan LUkman..Alia kembali kepada Lukman dan pelbagai caci-maki terpaksa Alia telan kat umah itu..Pelbagai peristiwa berlaku dan akhirnya semua ahli keluarga menerima beliau..Ttp apbl rahsia Lukman Hafizi diketahui menyebabkan suaminya amat amrah dan kecewa kerana Alia merahsiakan hal Fizi dari Lukman..Lukamna terbang ke Australia utk berubat ttp tiada khabar berita dr Lukman..
Bab 3: Lukman kembali dari Australia dan mereka bersama kembali dan happy..Tahun demi tahun berlalu dan kesan dr pembedahan Lukman tidak boleh memberikan zuriat kpd Alia..lukman kecewa dan sikapnya berubah..Dan sikap sabar Alia akhirnya Lukman redha..
Bab4: Tidak disangka2 Alia mengandung dan mereka dikurniakan seorang puteri..

****

Bukan Terlarang

Tajuk novel : Bukan Terlarang
Karya : Nur Hazma
Terbitan : Tintarona Publications Sdn Bhd

Maisara merenung lama wajah Imran yang sedang lena, lelaki yang terpaksa dikahwininya. Sememangnya hati Maisara rela bersuamikan Imran. Sejak zaman sekolah lagi dia mencintai Imran. Namun, cinta itu tetap menjadi rahsia hatinya.

Sesungguhnya, Maisara menyintai lelaki itu sepenuh jiwa raganya dan melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dengan rela sedangkan Imran menganggapnya tidak lebih daripada seorang sahabat baik. Perkahwinan mereka pun atas dasar terpaksa. Cinta Imran hanyalah untuk Tina.

Kemesraan Imran terhadapnya sebagai pasangan suami isteri hanyalah sebuah lakonan semata-mata, demi menjaga hati emaknya yang amat menyayangi Maisara sebagai seorang menantu. Namun, Maisara tidak tahu sampai bila dia mampu bertahan, merelakan dirinya seumpama pohon yang semakin layu kerana tidak disiram. Dia mahukan keadilan untuk diri dan maruahnya sebagai wanita.

Mampukah dia meraih cinta Imran atau akan berkuburkah perkahwinan mereka seperti yang telah dirancang oleh Imran?

Wednesday, January 4, 2012

Rindu Padamu


Tajuk : Rindu Padamu
Penulis : Azian Zahra
Penerbit : NHF Media

Alia seorang gadis yang sombong dan dia benci pada Farhan, iaitu pekerja di pasaraya milik keluarganya. Pada dia Farhan adalah lelaki yang tak berpelajaran tetapi sebaliknya. Farhan bukanlah seperti yang disangka oleh Alia. Dia sebenarnya hanya berpura-pura tidak memiliki pelajaran yang tinggi semata-mata ingin bekerja di pasaraya milik keluarga Alia. Farhan sebenarnya mempunyai agenda yang tersendiri terhadap keluarga Alia

Tuesday, January 3, 2012

Bukan Sekadar Rindu

Tajuk novel : Bukan Sekadar Rindu
Karya : Azian Zahra
Terbitan : NHF Media

Setia Menanti

Tajuk novel : Setia Menanti
Karya : Fauziah Ashari
Terbitan : Alaf 21
Sinopsis
Pandang pertama telah memutikkan cinta di hati Adrina memujuk perasaannya agar melupakan lelaki itu. Bertahun - tahun dia merawat hatinya sendiri.Tanpa disangka, takdir telah menemukan mereka semula. Ajmal yang kecewa bercinta mula merindui Adrina yang masih terluka. Sejak itu dia berusaha untuk meraih cinta si gadis. Ternyata, hati Adrina memang untuk Ajmal. Setelah janji diikat, mereka bagaikan tidak sabar menanti hari bahagia untuk menyulam kasih sehidup semati. Namun, kemunculan Fatihah telah merobek kesetiaan Ajmal. Malah, Ajmal sanggup menikahi Fatihah yang tercela maruahnya. Adrina benar - benar kecewa dengan permainan cinta Ajmal. Dalam merawat lara, Zulfaris muncul memberikan semangat dan harapan. Tetapi, antara kasih dan belas, Adrina terjerat antara Ajmal dan Zulfaris. Dengan hati yang terluka, dia harus memilih seorang daripada mereka kerana cintanya hanya satu.